Wednesday 11 February 2015

Kuih India dan Pak Cik Bas Metro

Pada hujung minggu yang lalu, aku membuat keputusan untuk menemani rakanku yang berasal dari Sri Lanka untuk ke Kuala Lumpur.

"I want to learn how to go to Kuala Lumpur especially Masjid India by public transportation, so when I need to get there in the future, I don't have to ask my Malaysian friends to accompany me. It's going to be bothersome to them for each time I'm making that request."

" Saya hendak belajar macam mana untuk ke Kuala Lumpur terutamanya kawasan Masjid India melalui pengangkutan awam. Apabila saya hendak ke sana lagi pada masa akan datang, tidak perlulah saya menyusahkan rakan Malaysia saya supaya menemani saya ke sana lagi.

Kami menggunakan perkhidmatan Bas Rapid KL (U12) dari UIA yang melalui beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan ia hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak satu ringgit sahaja. Aku cukup berpuas hati kerana dengan satu ringgit sahaja, aku mampu ke Kuala Lumpur, si Bandar Metropolitan. Maklumlah, apabila telah menjadi pelajar universiti atas tanggungan ibu bapa sendiri, aku harus lebih teliti dalam urusan perbelanjaanku.

Kami turun di Perhentian SOGO dan dari sana, kami mencari jalan ke Masjid India. Setelah rakanku selesai membeli barang keperluan di MYDIN, dia mengajakku ke sebuah restoran India yang dikunjungi oleh dia dan bapanya selama mereka di Malaysia untuk menguruskan hal pendaftarannya di UIA. Aku dapat merasakan bahawa kawasan Masjid India ini sangat dekat di hatinya kerana ia mengingatkan dia dengan negaranya. Dia jugalah yang memperkenalkan aku dengan sejenis kuih kaum india yang sangat sedap sehingga aku merasa rugi kerana tidak mencubanya sebelum ini walaupun aku sentiasa pergi ke kawasan Masjid India.




Setelah selesai makan dan minum di restoran itu, kami segera ke perhentian bas berdekatan untuk menunggu Bas Rapid KL ke UIA dan di sinilah pengalaman keduaku berlaku.

Aku suka duduk di perhentian bas kerana ia menunjukkan kehidupan kepada aku. Aku suka melihat gelagat orang dan bas yang datang bertali-arus ke perhentian bas untuk mengambil penumpang.Aku suka kerana aku boleh berjumpa dan berinteraksi dengan orang daripada pelbagai latar belakang.
Aku juga suka kerana Allah menemukan aku kepada pak cik yang ingin pulang ke destinasinya, Ampang pada hari itu.

Pak cik itu yang memulakan perbualan denganku.
(Perbualan ini ditulis di sini mungkin tidaklah seratus-peratus sama dengan perbualan kami tempoh hari kerana ini hanyalah apa yang aku mampu ingat dari memoriku)

Pak cik : Awak ini pelajar?
Aku      : Ya, pak cik. Saya belajar di UIA.
Pak cik : Oh, mesti tengah tunggu bas UIA kan. Pak cik pun tengah tunggu bas, nak balik Ampang.

Pada masa yang sama, Bas Rapid KL dengan Ampang tertulis di bahagian hadapannya berhenti di perhentian bas itu. Aku menunjukkan jariku ke arah bas itu sambil memandang ke arah pak cik.

Pak cik : Bukan bas itu. Pak cik naik bas Metro sebab tambangnya murah sikit.

Aku memerhatikan keadaan bas Metro dengan destinasi lain yang berhenti di situ. Bas itu kelihatan usang namun masih mampu bekerja membawa penumpang.
Pak cik ; Umur berapa?
Aku      : 21 tahun, pak cik.
Pak cik : Muda lagi.Belajar apa di universiti?
Aku      : Saya belajar psikologi, pak cik.
Pak cik : Oh, kenapa tak belajar jadi 'lawyer'?
Aku      : Saya tak minat, pak cik. Saya rasa lebih minat ke arah bidang psikologi.
Pak cik : Kenapa kau tak belajar jadi doktor? Susahkan nak jadi doktor?
Aku      : Saya tak minat juga pak cik. Iya, nak jadi doktor susah.
Pak cik : Jadi kau nak belajar benda senanglah ya?

Pada saat ini, aku merasa pelik dengan pertanyaan pak cik akan bidang yang kupelajari dan ini menimbulkan perasaan ingin mempertahankan diri yang sebenarnya tidak aku perlukan pun dalam berinteraksi dengan pak cik itu

Aku    : Tak lah pak cik. Semua bidang ada susah dan senangnya sendiri.( sambil senyum) Lagipun,
              saya boleh sahaja kalau saya ingin ambil bidang itu semua kerana kelayakan saya                                 mencukupi. Keputusan SPM saya bagus.

Kata-kataku pada ketika itu seperti tidak diendahkan oleh pak cik itu kerana dia telah dapat melihat bas Metro yang ditunggunya sejak tadi. Lantas, dia bangun dan terus meninggalkanku tanpa sebarang kata-kata dan masuk ke dalam perut bas yang kelihatan sudah dipenuhi penumpang. Aku hanya melihat pak cik itu yang sepertinya menganggap interaksi antara kami sebentar tadi tidak berlaku.

Aku tergamam untuk sebab yang aku tidak ketahui pada waktu itu. Pak cik itu datang dan berlalu pergi dengan cepat tanpa aku sempat menanyakan namanya. Dia yang membuat aku sedar betapa aku masih muda dan mentah dalam kehidupan ini. Aku sepatutnya lebih sabar dalam memberi reaksi dan jawapan kepada pak cik itu. Dia bertanya bukan untuk memprovokasi. Aku tahu pendapat mengenai kerjaya yang bagus hanya milik doktor dan peguam bukanlah asing dalam kalangan generasi mereka. Maka, ia adalah normal bagi mereka untuk  bertanya begitu.

Kepada pak cik,

Terima kasih atas pengajaran ini.

Ya Allah,

Terima kasih dan alhamdulillah atas peluang ini.



Monday 2 February 2015

Malacca :A Romance by Kamsiah M Bostock



I'm currently reading this book and I will publish a post about my views on this book.

p/s : This is more like a motivational post for me because by doing this, I made a promise to myself to write the book reviews. In other words, I just want to push myself to write more. :)